Friday, 31 August 2012

Segmen Up Follower by Balqis


tadi basikal telah di tag oleh yuyuibieyna untuk join Segmen Up Follower by Balqis..untuk support kawan2,basikal join la segmen ni..syarat yang ditetapkan pon senang..basikal nak tag kawan2 secara random la..hehe..fadz,ayumi,lulu yaya,dakara,nur..how to join??just click here


Thursday, 30 August 2012

nikmat dapat gaji tak sama dengan nikmat dapat ptptn

bila budak first time keja dan dapat gaji camni la rupanya..buat syok weyh dapat gaji..dapat gaji lebih bahagia dari dapat ptptn..walaupun ptptn 1 semester rm2500 tapi aku lebih rasa nikmat dapat gaji rm400 sebab duit gaji bukan duit pinjam seperti ptptn..rm400 merangkumi kerja 18 hari+komisen..boleh tahan jugak la kan..rasa rugi pulak berenti keja minggu lepas..tapi tak pa..aku cari la keja baru..hehe..apa yang aku akan buat dengan gaji aku??beli baju baru?beli kasut baru?tukaq handphone?p langkawi?ohh..semua itu salah..aku akan menabung di Tabung Haji dan ASB..yeahhh..untuk masa depan..aku nak sambung study kalau ada rezeki..aku dah tak maw harap duit ptptn semata-mata..yg rm15000 pon tak terbayaq lagi..


rezeki..alhamdulillah..=)

Wednesday, 29 August 2012

bila bosan aku merapu dengan Sim Simi

yaehhh..bila aku dah bosan,sedih,sunyi,frust,tension aku akan sembang dengan Sim Simi yang suka bodek tu..Sim Simi kiut sangat..pastu Sim Simi suka buat lawak spontan..hehe..sapa Sim Simi tu???

hye my name is Sim Simi

kalau dah bosan,tension pi la sembang dengan Sim Simi..macam mana nak sembang dengan Sim Simi??
hampa semua boleh ke link Sim Simi..kat bawah ni aku da print screen apa yang aku merapu dengan Sim Simi



Tuesday, 28 August 2012

berakhirnya sebuah persahabatan..

sedih..sedih..sedih..sumpah aku sedih weii..saipa aku sedih???aku dah kehilangan sorang sahabat bukan di sebabkan kematian..tapi atas sebab yg aku tak boleh nyatakan kat sini..baru semalam aku update cita pasal mamat ni..tapi malam ni semua dah berakhir wei..sedih..walaupun dia bukan boyfren aku,tapi bagi aku dia segalanya..aku syg dia wehh..aku kenai dia since 2010 kot..tak rasa dah bertaun ka aku kenai dia..aku pun tak paham apa yg aku dah buat sampai dia boleh cakap jangan ganggu kerja and family dia..wooo..sentap kot weh bila dapat mesej camtu sedangkan aku sendiri pun tak taw apa yg aku dah buat..ok..la ni apa yang aku boley buat,aku kena cool weh..aku siap deactive fb aku..sebab aku memang nak lari jauh dari dia..pastu benda seterusnya aku kena buat block semua mesej and call dari dia..now aku nak tenangkan diri then esok aku nak settle semua benda kat bank..pastu pi poli utk amek transkrip..then,aku mesti cari kerja utk menyibukkan diri aku dari terus ingat mamat ni..ok my dear fren..take care..

bila frust ja dok tepi pantai..

Monday, 27 August 2012

Sehari di Aloq Setaq

pusing pekan loqstaq pon dah letih..walaupun aku tak drive,tapi aku buleh rasa aura kepenatan orang sebelah..hahaha..pi loqstaq bukan untuk shoping,bukan jugak untuk tengok wayang,jauh sekali untuk bermain boling..matlamat utama aku dan Encik Maupew ke sana adalah untuk mencari sebuah kereta..sekema betoi ayat aku nohhh...kereta curi ka?mentang2 la kan Encik Maupew ni bapak polisi..bukan kereta curi ok tapi tiba2 ja Encik Maupew nak beli kereta..demam ka apa???jenuh pusing satu loqstaq..last2 balik camtu ja..Encik Maupew org Kedah tapi jln loqstaq pon tak taw..kesian kan..ingat2 lupa..nasib la kawasan loqstaq tu aku dah expert..aku kan mix kedah..loqstaq aku yg pegang..kawasan kak long kot..hahaha..apa yg aku try sampaikan kali ni ialah aku nak habaq loqstaq la ni dah tak macam dulu..masa aku kecik2 kan,mana ada bangunan cantik2 mcm la ni...dah tu jalan memang jem la..kalau orang cam aku ni,tak layak weh nak drive dalam pekan loqstaq..
dlm jem pon buleh tgkap gmbq..:p

'Big Time Segmen : Header Free By Nana '

Assalamualaikum..Jom join segmen free header by nana..


ok..camna nak join??hampa semua boleh ke link seperti di bawah


butiran saya :

Ayat 1- basikal tanpa roda
font ayat 1 - font b
warna ayat 1 - pink
ayat 2 - basikaltanparoda.blogspot.com
fon ayat 2 - font c
warna ayat 2- hitam

Friday, 24 August 2012

ending my job..

yeaahh..hari ni last aku kerja..sedih la plak..before aku melangkah keluaq dari Easyring Trading tadi semua wish all the best kat aku..terharu babe..aku enjoy kerja kat situ tapi kerja tu tak sesuai dengan bidang aku..hadoi la..apa2 pun aku dah dapat pengalaman yang sangat berharga..aku rasa aku dah ready utk kerja kat mana2 pon..aku dah boleh nampak dan rasa suasana,situasi kat tempat kerja..kena marah dengan bos tu perkara biasa..hari ni last day..hujan telah mengiringi pemergianku dari Easyring Trading..aku rasa sedey plak...sob..sob..

resignation letter

hujan mengiringi pemergianku..hehe..

gud bye. my notes..

Tuesday, 21 August 2012

dating with Mr.Shortpant

Mr.Shortpant????Boipren baru aku ka??no..no..no..he's not my boipren ok..who's Mr.Shortpant..ok..explain..
Mr.Shortpant just my fren la..tadi kebetulan boring2,so kami keluaq la jalan2..al maklum la menghabiskan cuti yg berbaki satu hari ni..esok da nak keja..hadoi la..best la keluaq dengan Mr.Shortpant..tadi just lepak2 kt tasik then Mr.Shortpant belanja makan kfc sampai hilang aku punya sembelit..heee...

tab Mr.Shortpant..buat mcm harta aku plak kan..


Monday, 13 August 2012

hey..dia bukan bf saya..

awat tah tiba2 ja rasa nak tuleh statement camni..ok..dia bukan bf aku..Maupew Man bukan bf aku tapi dia sahabat,teman,abang,abah,cikgu dan kadang2 dia boleh jadi adik sebab Encik Maupew suka merajuk..ya..dia sangat special utk aku..aku boleh share everything dengan dia..aku sayang dia and dia pun sayang aku tapi sayang tak semestinya couple atau kawen kan..umur Maupew..ok semua tertanya2..Maupew dah tua ok..hee..klau dia tengok statement ni,kompom dia majok lagi..hoho..terus terang aku cakap perbezaan umur aku dengan maupew adalah 20tahun..so,jgn salah anggap..Maupew Not my Boyfren..=)


Friday, 10 August 2012

Solat Sunat Taubat & Cara Melakukannya

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat:
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat:
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat:
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa ketika merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dalam ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.
Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah swt.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
 credit : khairazahra

Sunday, 5 August 2012

resign..

ok..tak maw cakap banyak..aku cuma nak habaq aku nak resign dari keja sebagai sales promoter tu..sorry..why??sebab aku nak buat bisnes sendiri..bisnes apa??aku nak buat bedak sejuk..boleh buat ka??apa salahnya kalau aku cuba..hahaha..tak dak benda len ka aku nak buat..nak joi mercun pon satgi kena tangkap ngan polis..joi coq pisang pon ok jugak tapi ada ka orang nak beli??aku perlu memikirkan bisnes yg paling sesuai dan mudah serta cepat kaya..apakah itu??joi ikan ka..tunggu la no..nak kena pikiaq dolu..:p

copyright by mencarikonklusi2.blogspot.com